Kenapa ya kita ngak pernah bisa lakukan hal yang membuatkan kita bahagia?

Kenapa ya kita sepertinya ngak bisa mewujudkan semua mimpi-mimpi kita untuk menjadi realitas lalu membuatkan kita gembira?

Kenapa ya? kenapa ya kita tidak bisa punya kesemuanya? 

bukan kah hidup ini buat cuma sementara?

Pindah

   
Aku selalu ingin pergi sejauh mana yang aku mampu.Setelah difikirkan dengan lebih dalam aku ambil keputusan untuk beritahu parent yang aku nak pindah.
Aku nak pindah mahkamah,nak pindah keluar dari rumah.Dorang tanya nak pindah ke negeri mana? Aku hulur dan tunjuk borang pertukaran. Dorang cakap jauh tu. Sebelum ni pun ayah ada juga cadangkan aku tukar tempat tapi dia maksudkan tukar dalam negeri saja.
Aku cakap aku tak boleh. aku rasa selagi aku tak keluar dari sini selagi tu aku tak berubah. Dorang terus lagi tanya kenapa jauh sangat dan boleh ke aku hidup sendiri lepas ni. Aku cakap aku cuba. Tak ada benda yang tak boleh cuba didunia ini kan melainkan cuba untuk mati.
Terus terang aku cakap aku dah tak boleh duduk dekat sini aku. Aku kalau still bertahan pun memang aku dah tak nak. Aku makin serabut.
Dan parent aguk-agukkan saja. Aku tau mereka setuju sebab terpaksa. Dorang tanya aku ada masalah apa merajuk ke atau apa. Tak ada apa masalah pun sebenarnya cuma aku dah tak boleh. itu saja..

Penat

  Hari ni aku penat sangat.

Aku letih.

Tapi jangan salah faham.

Aku bukan penat kerana tekanan kerja. Tak sama sekali. Kerjaya, adalah segalanya bagi aku walaupun…well kadang-kadang aku selalu rasa nak berhenti. Bukan atas sebab kekangan kerja tapi suasana.

Kita tinggalkan mengenai kerja.

Aku letih. Aku tak mampu fikir apa pun.

Aku tak tau aku berada di mana.

Apa yang pasti, aku merasakan angin begitu kuat menampar pipi, pasir merogol kaki, dan laut, ombak nya seperti memanggil-manggil.

Aku lagi sendirian. 

Aku tidak pernah merasakan sunyi kerna sunyi itu sudah menjadi teman terbaik aku buat beberapa tahun ini.

Tapi aku masih letih, aku masih penat, memikirkan segala macem tentang kehidupan ini.

Aku jadi…..bingung. Harus bagaimana aku sebenarnya? Harus bagaimana? 😦

  Kesedihan tidak pernah membiarkan kebahagian datang sendirian ke kehidupan manusia.

padahal sering kali kita tak punya cukup persediaan untuk menjamunya bersamaaan

begitu banyak rasa sakit dan kehilangan didalam hidup kita padahal hidup terlalu singkat untuk merasakan itu

beruntunglah manusia yang tau apa yang mereka cari

dan diberi cukup waktu untuk mencari

kerna kita ngak punya cukup waktu untuk itu bahkan sekadar mencari tau apa yang kita cari.

Minum

  

Sekarang ni aku tengah mencicip kopi. Sendirian. Bosan? Pernah juga. Tapi tidak sehingga keterlaluan. Walaupun aku tinggal dengan mak ayah sekarang, masih lagi terasa bosan .

Dekat pejabat lagi lah. Memandangkan aku yang paling muda dalam jabatan aku di negeri ni, aku jarang sangat ada peluang untuk bersosial di luar waktu pejabat dengan dorang.

Kawan selain tu pun memang aku tak ada. Dah lost contact. Ada yang ajak jumpa tapi aku…macam malas dan tak ada mood.

Bukan aku sombong ke apa. Aku malas jumpa dengan orang yang dah kenal aku macam mana dulu Kalau boleh, aku nak kenal orang yang tak tau langsung pasal cerita-cerita aku yang dulu dan mereka tak akan judge aku macam mana. Bukan lah nak cakap aku teruk ke apa dulu. Eh aku skema sangat ok masa dekat sekolah dengan asrama dulu. Tapi bila ada yang pinjam buku aku lepas tu buat harta sendiri memang aku lahar je depan-depan.

Serius cakap aku memang susah nak masuk dengan orang tapi bila dah masuk aku memang susah nak berhenti bercakap. Kebanyakan dekat pejabat orang cakap aku ni pendiam. Aku rasa nak ketawa pun ada tapi betul la dekat pejabat aku tak banyak cakap pun nama saja jurubahasa. Aku akan cakap bila khidmat aku diperlukan saja. Wah macam jual mahal kan.

Dia macam ni tau bila kau jumpa orang yang kau baru kenal tu kau ok dengan dia tapi untuk pergi ke fasa yang lebih dalam macam makan sekali,keluar pergi mana-mana haaaa part tu aku tak boleh dan aku sendiri pun benci kenapa aku boleh ada rasa macam tu. Aku lebih selesa kalau duduk berjumpa satu tempat sambil minum ke apa ke lepas tu borak and then dah habis masing-masing boleh buat hal sendiri. Pensyarah aku dulu cakap perangai keji aku ni sebijik macam perangai kawan-kawan german dia. Dan aku tak bermaksud pun nak jadi sekeji tu. Aku cuma tak boleh.

Tapi itu lah apa yang aku rasa umur dah makin meningkat ni makin kau akan rasa kosong dalam hidup. Jangan suruh aku pergi mengaji plak bila cakap macam ni. Entahlah. Aku sendiri pun tak faham apa yang aku nak sebenarnya.