Minum

  

Sekarang ni aku tengah mencicip kopi. Sendirian. Bosan? Pernah juga. Tapi tidak sehingga keterlaluan. Walaupun aku tinggal dengan mak ayah sekarang, masih lagi terasa bosan .

Dekat pejabat lagi lah. Memandangkan aku yang paling muda dalam jabatan aku di negeri ni, aku jarang sangat ada peluang untuk bersosial di luar waktu pejabat dengan dorang.

Kawan selain tu pun memang aku tak ada. Dah lost contact. Ada yang ajak jumpa tapi aku…macam malas dan tak ada mood.

Bukan aku sombong ke apa. Aku malas jumpa dengan orang yang dah kenal aku macam mana dulu Kalau boleh, aku nak kenal orang yang tak tau langsung pasal cerita-cerita aku yang dulu dan mereka tak akan judge aku macam mana. Bukan lah nak cakap aku teruk ke apa dulu. Eh aku skema sangat ok masa dekat sekolah dengan asrama dulu. Tapi bila ada yang pinjam buku aku lepas tu buat harta sendiri memang aku lahar je depan-depan.

Serius cakap aku memang susah nak masuk dengan orang tapi bila dah masuk aku memang susah nak berhenti bercakap. Kebanyakan dekat pejabat orang cakap aku ni pendiam. Aku rasa nak ketawa pun ada tapi betul la dekat pejabat aku tak banyak cakap pun nama saja jurubahasa. Aku akan cakap bila khidmat aku diperlukan saja. Wah macam jual mahal kan.

Dia macam ni tau bila kau jumpa orang yang kau baru kenal tu kau ok dengan dia tapi untuk pergi ke fasa yang lebih dalam macam makan sekali,keluar pergi mana-mana haaaa part tu aku tak boleh dan aku sendiri pun benci kenapa aku boleh ada rasa macam tu. Aku lebih selesa kalau duduk berjumpa satu tempat sambil minum ke apa ke lepas tu borak and then dah habis masing-masing boleh buat hal sendiri. Pensyarah aku dulu cakap perangai keji aku ni sebijik macam perangai kawan-kawan german dia. Dan aku tak bermaksud pun nak jadi sekeji tu. Aku cuma tak boleh.

Tapi itu lah apa yang aku rasa umur dah makin meningkat ni makin kau akan rasa kosong dalam hidup. Jangan suruh aku pergi mengaji plak bila cakap macam ni. Entahlah. Aku sendiri pun tak faham apa yang aku nak sebenarnya. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s