Rindu

Tiba-tiba rindu sangat dengan Melbourne. Walaupun aku tak lama duduk dekat bandar tu 2 minggu lepas tapi raya macam selesa. Susah aku nak cakap. Aku rasa macam aku faham macam mana bandar tu. Macam ni lah senang cerita, kau kenal dengan sorang perempuan lepas tu kau terus rasa shes the one yang kau cari selama ni. Sama lah macam keadaan aku sekarang! Indah kan rasa dia. Aku rindu dengan kafe-kafe yang cantik dekat sana. Deretan kedai buku. Tempat makan-makan yang sedap. Pasar victoria. Semua bendalah aku rindu! Nak tak nak aku kena kembali kepada realiti yang sekarang ni aku dah ada di Pejabat.

Lagi seminggu nak beraya dan cuti raya pun aku tak fikir lagi dan yang pastinya aku tak cuti pun raya ni. Bukan apa sebabnya raya jatuh pada hari Rabu. Jadinya khamis tu cuti. Ahad tu masuk kerja semula. Aku nak simpan cuti untuk beberapa program ke Indonesia hujung tahun ni. Banyak sangat event best nanti. Dengan festival boneka anjuran Papermoon puppet yang wajib aku pergi di Jogja tu. Dengan forum di surabaya dengan conference di Jakarta september ni dan cuti aku cuma berbaki 9 hari saja lagi. So sad kan. Jadinya sekarang aku nak kena manage kan betul-betul cuti aku. Kalau perkara tak penting sangat aku tak kan cuti. Sebelum ni pun memang macam tu. Aku guna cuti tahunan aku hanya untuk pergi bercuti saja. Bila dah confirm beli tiket baru lah aku apply cuti kalau tak jangan harap la aku nak cuti tanpa sebab.

Jadinya raya ni aku rasa biasa-biasa saja kot. Nak kecoh kenapa kan. Aku pun dah tak tau nak tulis apa lagi dah sebabnya otak aku pun tak ada di tempat yang aku berada sekarang ni. Hujung bulan 7 ni aku ke Jakarta lagi. Atas urusan berjalan :p. Aku rasa aku tak akan pernah bosan dengan jakarta walaupun ramai yang kata aku dah tak betul sebab dalam setahun 3 kali pergi sana. Kesah apa aku kan.

Stupid

Im so stupid for remember everything about you!

Bodoh kan.

 

Sudah lah. Aku penat untuk terus bermimpi bersama-sama bayang-bayang kamu selama ini.

 

Bandara

Dua bandara yang berbeda

Orang nya berbeda

Angin nya berbeda

Suasana, bahasa, warna langit semuanya berbeda,

kecuali hati,

hati ini yang tetap akan kekal sama,

andai saja kau tahu.

 

*Terminal 4 tullamarine, Melbourne, 5/06/2016 menanti penerbangan ke Hobart, Tasmania jam 5 pagi.