Tentang Rasa

Jujurnya aku tak tau kenapa sehari dua ni aku rasa macam ada semangat nak pergi ke tempat kerja. Bukan nak kata sebelum ni aku benci atau tak suka tempat kerja aku. Tak, bukan macam tu. Aku bersyukur sangat. Dengan duit gaji tu lah aku dapat beli apa aku nak, buat apa yang aku suka, pergi mana yang aku nak pergi selama ni. Dah stop cerita bab bersyukur. Cuma, kau faham tak, kadangkala kau tak rasa yang kau ada semangat untuk buat sesuatu tu. Tapi kali ni lain. Mungkin sebab hujung bulan 8 ni aku akan travel lagi? Hahaha mungkin juga.

IMG_4864

Seronok juga kan kalau dalam dunia ni tiap kali kau bangun pagi dan buat benda yang kau betul-betul suka atau itu dah menjadi impian kau sejak kecil. Nahh, itu semua memang tak boleh dipakai untuk zaman sekarang. Klise kalau nak bercakap bab impian dan harapan ni aku rasa. Macam poyo pun ada juga. So, aku rasa, apa yang membuatkan aku bersemangat adalah minggu ni tak berapa banyak kerja dan banyak jamuan kot! hahaha siapa je yang tak suka aktiviti makan-makan ni kan. Mestilah aku excited! Sebenarnya aku ada nak tulis satu puisi dekat sini tapi nanti-nanti lah aku macam tak ada mood pula nak berayat manis-manis. Actually banyak saja benda-benda yang aku tulis dalam notebook aku tu yang aku teringin sangat untuk ulang tulis balik dekat yaaa benda ni yang aku boleh panggil macam blog kot. tapi nanti lah. Kita tengok dulu macam mana. Lagi pun aku baru saja nak start aktif balik menulis dalam dunia maya ni walaupun tulisan macam ni siapa saja nak baca. Santai dulu.

Oh ya gambar di atas tu aku ambil dekat Jakarta haritu. Gambar itu adalah di kafe Union Deli di Grand Indonesia. Kombinasi buku tu dengan kafe tu aku rasa macam kena. Kafe yang sunyi tak ramai sangat orang yang melepak. Sebab kafe ni terletak dekat bahagian bawah sekali di GI. Makanan dia pun ok lah pada aku walaupun masa mula-mula masuk tu aku dah diberitahu all foods here contain pork. Hahaha lawak pun ada. Tapi memang aku ke sana untuk minum kopi dan makan kek saja. Buku tu menarik. Buku puisi dari seorang arkitek perempuan di Jakarta yang sangat artistik bagi aku bila aku tengok Instagram dia. Dan yang paling pentingnya aku sendiri pun tak habis lagi baca buku tu. Dan buku tu juga agak popular sekarang ni di Jakarta. Kalau ada yang nak baca boleh saja email aku untuk pinjam. Tak perlu bagi tau detail siapa kau pun just email bagi alamat dan mention kau nak pinjam. Hidup ini simple kan?

*Email: wanatiee@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s