Travel

IMG_0418

“Gambar ini diambil sewaktu aku travel solo ke Perth pada bulan oktober tahun lalu. Entah macam mana boleh pula tersangkut dengan family dari Sabah ni sewaktu dalam bus ke Bandar Perth dan kebetulan pula mereka semua juga tinggal di Malaysia Hall, jadinya kami ambil keputusan untuk keliling bandar Perth bersama*

Hai! Hari ni setelah seminggu berkursus di Putrajaya, akhirnya aku kembali masuk ke pejabat semula. Rasa macam mood tu masih lagi tak ada tapi apa boleh buat, ini semua sudah menjadi tanggungjawab. Aku bukan lagi budak yang jobless, boleh buat apa yang aku nak suka hati setiap hari, bebas pergi mana yang aku nak. Sekarang aku dah jadi orang yang punya tanggungjawab sendiri. Macam poyo pun ada juga ayat macam ni tapi itulah realiti sekarang. Bila duit dah ada cuti, masa pula tak ada. Bila masa banyak tapi duit pula yang tiada. Betul lah kata Wani Ardy, kita ini manusia, kita tak boleh ada semua melainkan bapak kau najib. Rasa tanggungjawab meletakkan dimana aku sekarang. Tanggungjawab kepada keluarga, tanggungjawab kepada hutang-hutang kiri kanan yang sedang aku pikul sekarang ni. Dah, full stop! aku tak nak cerita semua benda tu lagi. Apa yang aku tau adalah hari ni aku masuk pejabat dengan rasa yang biasa saja. Tak terlalu moody, tak la tak ada semangat langsung. Ada, tapi agak sedikit kurang.

Sebenarnya aku sedang rindu nak travel lagi. Bulan lepas aku sempat beli tiket MAS ke Phuket sewaktu Malaysia Airlines tengah buat sale jadinya dapatlah tiket return daripada KB-KL-Phuket dengan harga Rm300. Mana nak cari dengan harga macam tu bila naik MAS. Seingat aku destinasi lain yang buat promosi hari tu pun tak banyak tempat yang menarik contohnya macam Jakarta, Medan, Pekan Baru, semua tempat tu aku dah pergi melainkan Phuket. Terus rasa macam nak tukar arah selepas dah banyak ke beberapa daerah di negara Indonesia sebelum ni. Kita tengok sajalah nanti macam mana. Sebelum ni aku pernah ke Krabi dengan kakak. Dan itulah kali pertama aku travel secara backpacking. Memang agak kucar kacir sedikit. Tambahan pula waktu tu pergi dengan kakak. Dia memang agak kelam kabut sedikit bila buat keputusan. Bila pergi solo ni aku lebih rileks dan tenang. Biarpun kadangkala banyak tempat yang disenaraikan nak pergi tu tak tercapat atas beberapa sebab tapi sekurang-kurangnya aku dah berjaya sampai tempat tu kan.

Life sekarang macam ni saja lah. Tidak ada yang berubah, sekurang-kurangnya untuk aku. Ramai dah aku tengok kawan-kawan yang sewaktu sekolah, waktu universiti dulu dah kahwin dan dah beranak termasuk juga ex boyfriend dengan exroomate aku. Jodoh dorang.  Aku doakan dorang berkekalan sehingga ke akhir hayat. Actually kita selesai cara baik. No drama, no tears, chill, everything was cool. Aku pun tak ada sakit hati, marah ke apa. Bab jodoh ni susah nak jangkau kan betul lah orang kata. Aku pun tak sangka juga rupanya jodoh pakwe aku tu dulu kawan sebilik, sekelas dengan aku. Kadang tu rasa lawak pun ada juga. Lets forget about it!

Aku? Still macam ni lah. Hari makin berganjak pergi, umur makin bertambah, tapi hati? Masih utuh mahu menjelajah dunia. Kita lihat saja nanti!