Silly

25520949_tpp08vzgmon7nkympa9pwks3rtmvgoeikzzszfza3bs

Minggu lepas aku sempat ke Putrajaya untuk menghadiri peperiksaan kelayakan sebagai Jurubahasa. Dah kerja bertahun pun tapi peperiksaan masih tak lulus lagi. Ini adalah kali ke dua aku menduduki peperiksaan yang maha susah ini. Ada senior aku tu sampai enam kali ambil peperiksaan ni tapi masih lagi tak lulus. Asalnya dulu dia Jurubahasa Mandrin di Mahkamah Kuala Lumpur kalau tak silap lepas tu dah banyak kali ambil exam tak lulus dia punya hakim suruh tukar ke bahasa Melayu itu pun masih lagi gagal apatah lagi aku yang jenis slow dalam segala hal ni.

Kadang-kadang aku rasa give up lah juga bangun pagi, pergi pejabat, balik rumah, makan,mandi, tidur. Hari-hari macam tu. Tapi nak buat macam mana, aku bukan jutawan, yang boleh lepak, boleh pergi mana sesuka hati yang aku nak. Tanggungjawab kan. Bila dah kerja, bukan hanya ada tanggungjawab di tempat kerja, ada komitmen pada keluarga, komitmen pada diri sendiri. Aku masih ingat lagi waktu peperiksaan lisan, ada seorang panel (hakim) tanya soalan aku kenapa aku pilih kerja ni dan apa perancangan aku selepas ni. Aku jawab jujur. Aku tak kisah kalau dia nak judge aku orang yang jenis macam mana lepas ni. Yang penting, aku rasa aku confident dengan jawapan aku tu. Dan aku tak rasa yang aku akan gagal ujian lisan kali ni. Kalau paper yang 5 kertas tu aku rasa memang aku kena repeat balik next year. Kita tunggu sajalah keputusan nya untuk 5 bulan lagi.

Apa pun sekarang, keadaan masih macam biasa, sama seperti tahun lepas, seperti bulan lepas. Apa yang aku tau sekarang adalah nama aku dah keluar dari dalam sistem ccris. Lega betul. Dah berapa bulan aku menderita sebab ccris ni ya lah hutang wajib dibayar kan. Apa pun minggu ni aku tak sibuk sangat dan hujung minggu ni aku akan ikut kakak bersama dengan rombongan sekolah dia ke Cameron Highlands. Atleast aku dapatlah rileks sekajap. Sebenarnya ada juga perancangan aku nak bawa umi dengan bak ke hatyai naik train tapi itulah entah bila dapat buat. Sepatutnya minggu ni lah yang paling sesuai. tak apa lah mungkin lepas ni ada waktu kelapangan yang lain aku akan bawa dorang jalan-jalan walaupun tak jauh.

Phuket

esok adalah hari yang terakhir aku berada di Bandar Kecil molek Phuket ni. Memang tak banyak yang menarik dekat sini. Kalau nak rest sekejap nak hilangkan serabut macam aku aku cadangkan datang lah sini. Lepas tu bila balik boleh lah start serabut semula sebab duit dah tak dak hahahahaha! Anyway, tak kelakar. Aku tak nak fikir pasal tu. Lantak lah walau macam mana pun. Duit memang tak pernah cukup pun baik aku duduk rumah ke berjalan ke memang tetap akan habis juga. Aku ada dekat Phuket 3 hari je sebenarnya. Sangatlah rushing gila. Tapi apa boleh buat, waktu ni saja lah aku ada masa untuk berjalan, naik flight, lepak airport. Sounds like stupid right. Tapi pedulikanlah. pedulikan.

Masuk kerja ahad ni aku dah nak kena fikir pasal kerja lagi walaupun tak banyak tapi tetap juga kena fikir kan. Sudah menjadi tanggungjawab. Gambar aku cuma share dekat IG saja dah IG aku pun dah di private kan bukan apa takut family tengok nanti. Aku dah inform kan dekat mak ayah aku pun pasal aku datang sini. Tapi gambar tu nanti-nanti lah. So sekarang ni aku baru balik dari makan tadi. Memang panas sangat cuaca nya. Jadi sampai sini lah dulu ya.