Tanah Cameron

155139300_o7nrhotwvgdmqgsfsaabbn7bxog6ckdp5gbd2x7tlbg

Esok dah mula kerja semula setelah 3 hari bercuti. Hari khamis haritu ada mesyuarat di pejabat ibu negeri, lepas tu petang nya terus ke Kuala Terengganu untuk ikut kakak dengan rombongan sekolah dia ke Cameron Highlands. Sejujurnya aku sendiri tak pasti kenapa aku nak ikut trip kali ni. Dengan cikgu-cikgu sekolah kakak aku pula tu. Entahlah mungkin sebab aku fikir lepas ni aku dah tak ada peluang nak berjalan lagi kot dari bosan terus tak tau nak buat apa di rumah lebih baik aku ikut trip tu.

Tak banyak tempat pun yang dapat pergi since ramai-ramai kan susah nak bergerak lagi pun aku memang dah niat awal-awal nak minum starbucks tapi hampa, dorang tak ke Tanah Rata. Ada masa nanti aku nak ke sana lagi untuk ke Westwood Highland. Actually masih ramai lagi orang yang tak tau pasal tempat tu. Memang sangat cantik kawasan dan hostel dia. Dalam kebun bunga. Tenang sangat. Sesuai lah kalau nak travel dengan family ataupun maybe hurmmm seorang diri?

Esok mula kerja, perlu semangat balik untuk teruskan kehidupan seperti sedia kala. Kadangkala aku cukup bersyukur juga duduk dekat pejabat tu. Orang-orang nya tak banyak kerenah sangat berbanding dengan cerita-cerita yang aku dengar daripada rakan sekerja yang lain. Kursus pun senang nak pergi, bos sangat memberikan kerjasama kalau ada-ada pegawai atau kakitangan yang nak memohon untuk bercuti menghadiri kursus. Kalau dekat tempat lain agak susah juga. Bayangkan kalau nak ke kursus yang tak berkaitan mesti tak dapat punya. Apa pun di sebalik itu semua pasti ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Macam aku, banyak juga benda yang aku tak tau selain daripada tugasan harian yang biasa aku buat dekat pejabat. Boring kan dalam ni pun masih nak bercerita soal kerja. Itu lah aku sendiri pun tak tau macam mana aku boleh tiba-tiba nak bercerita pasal soal kerja tiap kali aku nak menulis dengan sini mungkin sebab itu saja life atau aktiviti yang aku ada sekarang ni? HAHAHA.

Sebenarnya perancangan untuk tahun depan adalah sambung belajar. Universiti mana yang menjadi pilihan? Pastilah UITM. Itu pun kalau segala macam proses berjalan dengan lancar selepas melepasi syarat-syarat yang telah ditentukan. Jurusan apa yang nak diambil? Rahsia. Biar lah dulu. Apa pun aku harap, aku dapat sangat masuk jurusan tu. Untuk diri aku sendiri. Aku suka belajar secara jujur nya. Kalau ada peluang nak sangat belajar dekat “luar”. Tapi dengan keadaan sekarang aku rasa memang tak akan dapat. Tak apalah. Mana tau ada peluang waktu nak smabung phd nanti. Amin!

Semoga saja besok baik-baik segalanya di pejabat dan semoga saja tahun ni lekas-lekas habis!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s