Sad

Trip ke Iran terpaksa cancel pada bulan January tahun depan ni. Atas sebabnya adalah dengan tiba-tiba kakak aku ajak pergi Europe bulan May nanti. Masalahnya sekarang adalah bukan pasal duit tapi pasal cuti. Let say aku ambil cuti 5 hari untuk ke Iran nanti cuti masih berbaki lagi 15 hari. Dan kalau aku ambil cuti selama 10 hari untuk ke europe nanti bermakna cuti aku akan tinggal 5 hari saja lagi. Cuti rehat tinggal 5 hari pada bulan 5 adalah sesuatu yang sangat tidak baik. Sekurang-kurangnya ada 15 hari. Tapi itu lah, nak tak nak terpaksa juga aku cancel trip ke Iran memandangkan aku juga punya rancangan nak ke Europe pada bulan 9 tapi itulah bila pergi berdua dengan kakak aku rasa lagi fun dan tak adalah rasa sunyi sangat dalam perjalanan ke beberapa buah negara nanti. Sejujurnya aku rasa 10 hari tu pun sangat tak cukup. Banyak tempat di England yang aku nak pergi tapi oleh kena nak kena masa aku rasa mungkin satu dua tempat saja yang dapat pergi di England dan seterusnya ke Amsterdam, Jerman, Ireland, Paris atau pun kalau ada rezeki nak singgah ke Berlin.

38421988_7m7u6-cmyrp9t7vuzscmrywdhtsq8r7c54hvkw55bqm

*i love coffee more than i love…you*

Sedih memang lah sedih sebabnya aku dah bagi tau beberapa orang kawan dekat Iran yang aku akan ke sana bulan 1 ni alih-alih kena cancel pula. Punya lah aku berangan nak tengok salji apa semua. Tak apa lah mungkin belum ada rezeki untuk aku travel ke Iran kali ni. Aku percaya setiap benda yang berlaku tu pastinya ada sebab yang tersendiri. Macam hidup aku dulu-dulu. Ahh malas lah nak cerita, bukanya menarik pun.

Cuma apa yang aku harap nanti aku dapat jejak kan kaki ke oxford, hay on wye dan juga cambridge. Itu adalah tempat-tempat impian aku dalam hidup sejak lama dulu. Well, siapa je yang tak nak pergi England kan tipu lah kalau cakap tak pernah ada angan-angan nak belajar dekat sana atau pun sekadar pergi jalan-jalan. Aku masih ingat waktu sekolah menengah dulu ada kawan sekelas aku tanya apa impian kau, aku jawab nak pergi London dan lepas tu dia gelak. Aku tak tau dekat mana kawan aku sekarang ni.

Dan esok adalah aku kerja. Minggu ni aku rasa kerja tak pressure sangat kot. Well, since when aku pressure kerja dekat sini *gelak tutup mulut* ok terpaksa mengaku. Ada lah sikit-sikit tapi bukan pasal bos ke apa. Aku rasa aku paling bertuah kot dalam banyak-banyak kawan aku sebab aku dapat bos yang kind of awesome lah juga. Dan rabu ni juga ada majlis persaraan bos dekat pejabat kota bharu dan nak tak nak terpaksa juga pergi sebabnya haritu ada mesyuarat sekali. Aku pun tak tau nak pakai baju apa since aku terpaksa mengaku dekat sini yang aku cuma ada 6 helai saja baju kerja. Why cant i just wear my ripped jeans to office?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s