Pening

cwl5m2ivmaaqx7e-jpg-large

*new york tiada ada kali ini..tidak ada*

Perancangan perlu diubah lagi rasanya. Sebab aku rasa 10 hari ke Eropah tak akan pernah cukup memandangkan aku nak cover beberapa tempat nanti. Tapi aku sendiri pun tak pasti lagi negara mana yang akan aku pergi selain daripada England, Wales. Pening juga memikirkan trip yang berbajet besar ni. Kalau aku pergi bulan 5 sehingga awal bulan 6 bermakna aku perlu memohon cuti selama 10 hari. Tapi masalahnya nak beli tiket kakak pula beli confirm lagi. Aku pula bila-bila masa saja boleh tekan website penerbangan pilihan untuk membeli tiket.

Yang aku tengok tadi adalah Vietnam Airlines menawarkan harga yang paling murah untuk tiket return dari KL ke London dengan harga sebanyak RM2200 ini adalah harga termasuk transit ke Hanoi dan juga Ho Chi Minh buat beberapa jam tapi waktu penerbangan tu memang cantik sangat. Kena betul dengan aku. Apa yang aku harapkan sekarang adalah kakak dapat ikut yang tarikh aku nak pergi nanti. Kalau tidak nak tak nak memang aku nak kena pergi ke sana seorang diri.

Bukan apa, berjalan seorang diri tak menjadi masalah yang besar untuk aku akan tetapi untuk perjalanan makan masa yang lama dan juga jauh ni alangkah bagusnya jika ada teman yang boleh berborak, gelak ketawa bersama apatah lagi sekepala. Aku memang tak boleh nak masuk dengan orang lain, bukan aku tak cuba, aku dah, memcuba, akan tetapi gagal segagalnya sehingga ke hari ini. Apa boleh buat, inilah diri aku.

Apa yang aku harap adalah semoga trip ini berjalan dengan jayanya ini adalah kerana impian terbesar didalam hidup aku untuk jejakkan kaki ke eropah apatah lagi kota London yang dah lama aku angan-angan kan tu. Bunyi nya memang agak poyo tapi itulah realiti nya. Aku dah lama sungguh mengidam mahu ke sana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s