14993365_1888882581334840_1237070541502325884_n

Aku baru saja nak cuba jadi happy hari ni tadi oleh kerana satu kesalahan yang aku buat terus buat sorang bos aku ni nak macam nak marah, kasar dan macam langsung tak ada mood. I just dont know why atau pun memang perangai sebenar dia macam tu. Apa pun aku memang respect dia. Ya, sebab dia bos aku. Cuma kadangkala aku rasa juga la dia ni dah kenapa sekejap ok sekejap macam moody. Orang lelaki pun ada juga yang moody macam ni. Kadang-kadang bila aku cuba borak dengan dia aku rasa macam aku tengah borang dengan sorang kawan rapat. Kadang-kadang aku rasa macam ada errr sedikit menyampah. Im so sorry. Tapi tu lah aku rasa hari ni.

Actually aku tertinggal satu dokumen mahkamah yang agak penting. Tapi kalau ikut kan itu kerja aku untuk hantar ke mahkamah. Tapi dia yang nak pergi. And he never give me a chance untuk aku buat kerja aku sendiri. I meant, takut salah ke? Bukan ke aku patut belajar? Kalau dia rasa nak marah sebab dokumen tu fine, aku boleh saja pergi mahkamah dan hantar sendiri esok. Ingat aku tak berani ke? Actually, aku seorang yang sangat-sangat suka belajar benda baru, tapi itulah tak pernah ada chance. Bila aku nak cuba bercakap dengan dia hari ni muka dia macam something you know, macam kau buat salah besar sepanjang kau bekerja selama ni. Yes, i admit, memang salah aku. Aku tertinggal atas meja aku dokumen tu tapi andai kata kalau lah dia betul sibuk esok ok fine aku boleh pergi sendiri tak ada masalah dan bukan masalah besar pun bagi aku setakat nak pergi court tu apa lah sangat i can handle it with my self lah. Lets me do my job.

Actually hari ni ada mesyuarat dan juga majlis persaraan bekas pegawai di pejabat Negeri. Dorang buat dekat hotel dan makanan pun boleh lah tak la sedap mana pun. Tapi ok lah bagi aku. Oh ya, aku tak tau kenapa aku boleh tergamam tadi bila jumpa pengarah. Masa nak masuk lift tu ada pegawai 2 orang dengan pengarah. Pegawai sorang ni sempat tanya pasal belajar dan kenaikan gred aku yang haritu pengarah duk perati je aku. Arghhhh i cant! Aku boleh cair betul kalau dia perati dan tengok macam tu sama macam pergi penang dulu. Lepas masuk tu boleh plak duduk sebelah dalam lift! urghhhh dan dia tanya pasal belajar lepas tu aku nak senyum tapi muka aku ni bodoh tau sebab aku nervous gila dan aku jadi macam sombong yang amat. I am so sorry bos i just dont meant it! Oh ya dan sekarang aku tengah lepak sorang-sorang dekat cafe ni. Memang best sangat sekali sekala dapat duduk sorang-sorang macam ni dan aku dapat jadi diri aku sendiri. All i loved, i loved alone.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s