Finally! Aku dah berjaya beli tiket flight dari KL-London pada bulan Jun tahun depan. Nampak gayanya memang aku kena beraya di London dan ini adalah impian aku sejak kecil dulu lagi nak jejakkan kaki ke tanah ratu akhirnya termakbul juga. Yang paling penting aku masih lagi tak beritahu bos dengan mak ayah aku. Tunggu dalam bulan 4 tahun depan aku rancang baru nak bagi tau dorang semua.
Setakat sekarang ni aku masih lagi tak buat apa-apa research. Cuma nya ada beberapa tempat yang aku nak pergi. Sangat nak pergi. Nanti kalau ada apa-apa aku update dekat sini dan aku ceritakan juga pasal tiket yang aku beli tadi dengan harga yang agak berbaloi!