Hai! Dah lama betul aku tak menulis apa-apa dekat sini. 4 minggu yang lepas laptop pula kena curi dengan kakak sebab dia bawa pergi travel ke Indonesia. Kalau guna komputer pejabat untuk tujuan personal aku tak boleh sikit. Rasa tak selesa. Ok ni nak cerita sebenarnya aku tersangatlah bosan sebabnya aku tak boleh cuti dan travel lagi dah selepas bulan 6 tahun depan barulah aku dapat travel semula. Tak sabar betul rasanya. Tapi itulah walaupun berapa kuat perancangan yang kita buat, perancangan tuhan itu adalah lebih baik daripada segalanya.

Version 2
Buku nota klasik dari Jogja.

Kerja sekarang pun tak lah stress sangat cumanya bulan lepas ada audit dalaman di pejabat. Masa tu tuhan saja yang tau aku punya tension macam mana sampaikan balik jam 11.00 malam setelkan fail. Untuk perancangan tahun depan aku ada apply beberapa kursus di IDFR dan juga ILKAP. Kursus yang paling aku nak adalah kursus bahasa Sepanyol. Moga-moga aku dapat kursus tu dan entah kenapa aku suka sangat dengan bahasa sepanyol ini adalah termasuk aku suka dengan lagu-lagu yang menggunakan bahasa tu. Macam best sangat tu yang teringin nak belajar.

img_7407
Dah berjaya conteng dengan ayat acah-acah deep

Actually esok hari jadi aku. Tak sangka next year dah 27 tahun. Dah tua bangka. Tapi perangai macam tu juga tak tau bila nak berubah. Pendek kata tak ada apa yang berubah pun. Aku tetap macam ni juga masih sama. Cuma yang sedikit berbeza tahun depan adalah aku dah tak duduk sekali dengan keluarga. Memandangkan kakak dapat bertukar dekat kawasan sama dengan tempat kerja aku kami menyewa sajalah dekat sini. Hari sabtu lepas dah pergi tengok rumah tu. Agak cantik dan luas juga. Maklum sajalah rumah baru. Semoga saja tahun depan makin banyak perkara yang manis-manis saja akan terjadi. Untuk tahun 2016 terima kasih atas segalanya. Tak dapat aku nak gambarkan dengan kata-kata macam mana. Tuhan saja yang tau. Sungguh, aku bersyukur dengan segala apa yang dah aku dapat tahun ni. Tahun ni jugalah aku sampai ke Melbourne, Thailand dan juga Indonesia yang entah berapa puluh kali aku dah pergi tapi masih lagi tak bosan.

c0nflulvqau-kzv
Buku baru hadiah untuk diri sendiri ke 26!

Tahun ni harijadi dapat hadiah istimewa sikit. Haritu kakak belikan notebook baru yang dah lama aku nak sebenarnya daripada Jogja. Notebook klasik ni special sikit sebab dia dikeluarkan sempena dengan teater daripada Papermoon Puppet iaitu yang bertajuk secangkir kopi dari plaja. Dah habis beberapa muka helai surat jugalah yang aku dah tulis. Seronok sebenarnya menulis dalam notebook dan jauh berbeza perasaan tu bila menulis dekat blog dan sebagainya.