Full Time Traveler? Yes or No?

Hai! Aku sebenarnya nak cakap sikit pasal perancangan travel nanti. Sebenarnya, aku tak ada feel lagi, rasa excited tu masih kurang sebenarnya, rasa nervous lagi lah sikit pun tak ada. Sama macam aku pergi Perth dua tahun lepas. Rupanya sekejap saja masa bergerak. Sedar tak sedar, dah 4 tahun rupanya aku mula berjalan secara runcit-runcit. Kenapa runcit? Sebabnya aku bukanlah full time traveler yang sentiasa berjalan. Kalau dapat peluang macam tu memang aku tak akan lepaskan kot. Tu adalah salah satu impian juga sebenarnya untuk jadi full time traveler. Entahlah bila boleh dapat. Masa mula-mula masuk kerja dulu aku beriya kata dekat sorang kawan kerja aku amirul di Pahang. Aku cakap nak kerja 3 tahun saja lepas tu berhenti untuk travel. Rupanya itu semua adalah hangat-hangat tahi ayam semata. Aku tak boleh dan masih lagi tak berani untuk buat macam tu sebenarnya. Entahlah, aku rasa berani tu dah nombor 2, tapi sebab yang utama adalah komitmen kepada orang tua. Tak kan nak bergantung pada kakak aku sorang saja kan. Kesianlah dia. Dia pun ada keinginan, kehendak, impian dia juga.

Mungkin aku akan buat semua tu tapi bukan sekarang. Mungkin bila dah stabil sikit. Tengok macam mana sebabnya aku tak suka merancang sebenarnya. Kalau merancang aku takut takut benda tu tak jalan sebabnya masa aku dekat Universiti dulu bukan main aku merancang, tapi penyudahanya sangat menyedihkan lepas daripada tu aku dah tak merancang lagi dah dalam hidup aku walaupun sikit. Kalau nak berjalan tu sekurang-kurangnya aku buat la perancangan apa yang aku maksudkan dekat sini adalah perancangan yang betul-betul teratur atau pun hidup ni kena ikut flow kalau tak nanti kau masuk neraka :p. Tak lah gurau saja. Tapi itulah. Aku rasa bebas kalau aku tak ikut sangat perancangan. Biarkan berlalu macam tu, biarkan mengalir macam tu saja, macam air di sungai yang menjadi penghalangnya adalah batu-batu akan tetapi air tu tetap saja melaluinya dengan tenang walaupun cuba dihalang oleh batu-batu ni. Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? Maksud aku adalah hidup kiat ni seperti air sungai tadi dan batu-batu itu adalah masalah,halangan yang cuba untuk menyekat kita tapi sebaliknya, kita harungi semua masalah itu dengan tenang.

Aku suka guna ayat ni, tak ada manusia yang tak pernah ada masalah dalam dunia ni. Bagi aku kata-kata tersebut sangatlah betul. Apa pun masalah yang cuba datang dalam masalah kita, cuba lah untuk tepis sekuat yang mampu. Selesaikan masalah tersebut bukanya lari dari masalah. Aku juga ingat kata-kata Agus (pengembara indonesia) yang dia mengatakan bahawa jangan pernah cuba lari lalu keluar untuk mengembara. Jangan katanya. Masalah tidak akan selesai kalau kita lari. Itu yang aku pegang. Setiap perkara yang kita buat dalam dunia ni adalah penuh dengan risiko. Ambil risiko itu. Tanggung risiko itu. Laluinya dengan sabar walaupun aku sendiri pun kadangkala kalau dah tak tertanggung sangat menangis juga dalam tandas waktu mandi :p. Kita tak sempurna. Bagi aku ingat itu sajalah.

c1pe_fuveaaudqj-jpg-large

Actually sekarang ni aku ada dekat satu cafe ni berdekatan dengan rumah sewa dan juga tempat kerja memandangkan aku dah menyewa dekat sini sekarang. Nantilah aku cerita pasal kehidupan aku di rumah sewa baru tu. Agak bosan sebenarnya. Bye!

 

Tentang Diri

img_3958
Rindu dengan pekan indah dan tenang ni.

Hai! Sebenarnya aku ada sesuatu yang aku rasa aku nak kongsi. Cerita masa aku sekolah dulu-dulu. Aku suka tengok buku yang ada peta. Selain tu juga ada suka dengar dan baca sikit-sikit pasal sejarah dunia. Bagi aku sejarah tingkatan 5 (sejarah Malaysia) agak membosankan. Masa sekolah dulu aku tak rajin sangat membaca cuma suka membeli buku saja tapi tak banyak mana pun beli sebabnya duit tak ada. Nak minta duit dengan mak ayah memang jarang dorang bagi untuk beli buku. Mak dengan ayah aku memang kurang suka sedikit dengan buku. Ayah aku mungkin agak suka tapi tak membeli. Kebanyakan buku yang aku beli waktu kecil pun buku-buku yang berkaitan dengan pelajaran. Jarang sangat lah beli buku-buku yang macam sekarang aku beli ni. Alhamdulilah bila dah kerja, kalau ada duit beli memang aku beli buku. Tak kisahlah online ke atau beli sendiri ke kedai atau pun terus menerusi penulis buku tersebut. Bagi aku, buku ni dah semacam ubat tau. Ubat dikala aku rasa aku bosan dah tak tau nak buat apa aku akan baca buku, dan memandangkan sekarang ni aku dah menyewa rumah berdekatan dengan tempat kerja dengan kakak aku (alhamdulilah rezeki duduk dengan kakak sama seperti yang aku harapkan masa belajar dulu, alangkah bagusnya kalau kakak aku sama-sama belajar dekat kampus aku) dapat bertukar sekolah di daerah yang sama dengan tempat kerja aku. Jadinya bila duduk sendiri ni segala benda aku kena buat sendiri. Dari basuh baju, masak(kadang-kadang tak selalu sebab banyak beli) dari tutup pintu pagar, semuanya lah yang jarang sangat aku buat bila dekat rumah dulu sebab selalunya umi dengan bak yang buat kan. Yang aku tau pergi kerja balik kerja.

Sekarang ni aku bosan sangat, bila petang balik rumah memang tak ada buat apa pun. Jadinya aku rasa ni lah waktunya untuk aku teruskan balik hobi aku untuk membaca buku-buku yang agak serius. Sekarang aku lebih memilih untuk membaca buku-buku English daripada penulis luar. Bukan aku demand ke apa, aku cuma nak latih pembacaan dan pemahaman aku dengan bahasa inggeris. Selain daripada tu aku pergi juga mengaku bahawa yang aku dah tak ada mood nak baca buku-buku daripada penulis Malaysia. Bukan aku feedup ke apa cumanya aku rasa aku nak stop dulu baca semua buku-buku dari dalam. Sekarang ni aku lebih kepada buku yang diselitkan dengan sejarah sedikit, romance, dan juga beberapa kisah tentang kehidupan. Aku juga ada minat sekarang nak mula balik membaca puisi-puisi english. Yang aku sangat nak baca adalah puisi-puisi daripada Svlyvia Plath, Charles Bukowski, Etgar karen, dan beberapa orang lain lagi yang aku nak baca sangat. Buat sementara ni buku yang terlalu aku layan adalah buku-buku penulisan daripada Haruki Murakami. Berdasarkan pengalaman aku yang membaca beberapa buah buku Murakami sebelum ini, aku sangat faham apa cerita yang disampai kan oleh beliau, memandangkan aku ni tak pandai sangat bahasa inggeris, tapi apabila baca buku Murakami aku jadi faham. Magis. Aku sarankan korang cuba lah baca buku Murakami sekali dalam seumur hidup, tapi aku berani jamin kalau korang dah mula sekali baca buku Murakami mesti lepas tu nak baca lagi.

Okey, berbalik pada yang mula-mula aku tulis tadi pasal buku berpeta. Aku suka tengok nama-nama negara sejak kecil lagi. Lepas tu aku berangan yang aku akan sampai di sana suatu hari nanti. Bagi aku, apalah makna aku hidup dekat dalam dunia ni tapi tak pernah tengok satu pun mercu tanda atau pun keajaiban alam yang pernah ditulis dalam buku walaupun satu saja. Aku tak boleh. Aku mesti juga sampai dekat salah satu tempat tersebut. Aku tak taulah orang lain macam mana tapi aku macam tu. Aku mesti tunai juga impian aku tu. Walaupun aku kerja biasa-biasa saja, tapi bagi aku itu semua adalah tidak menghalang untuk aku sampai di tempat yang aku impikan walaupun pernah 2 kali aku mengaku yang aku curi sedikit duit pinjaman yang aku pernah buat dengan bank untuk aku sampai ke tempat yang aku nak pergi. Nak harapkan duit simpanan aku memang tak kan pernah cukup dan akan mengambil masa yang lama, mungkin aku mati dulu kot :p okey aku bergurau bukan aku doakan macam tu cuma itulah apa yang aku nak sampaikan sebenarnya.

Bagi aku, kejayaan dalam hidup aku adalah bila aku dah sampai tempat yang aku nak pergi. Aku tak peduli pasal bajet, pasal aku makan apa dekat sana nanti, pasal aku tidur dekat mana nanti, apa yang aku perlukan adalah perancangan. Apabila berjalan, perancangan itu adalah yang paling penting. Perlu ada back up orang putih kata. Back up tak semestinya duit ya. Tapi sekurang-kurangnya kau perlu tau di tempat-tempat yang kau nak pergi tu atleast kau kenal-kenal lah sorang dua orang tempatan yang duduk dekat situ sebab kalau jadi apa-apa nanti boleh juga tanya dorang. Kadangkala strangers ni buatkan kau rasa kau dah lama kenal dorang. Tak percaya? Cuba lah korang pergi mana-mana lepas ni, dan jumpa dengan orang daripada negara lain di hostel, ajak dorang berborak, tak sampai sejam dua korang akan rasa selesa, tapi aku perlu ingatkan juga tak semua orang jujur dalam dunia ni kan? Jadi pandai-pandailah korang pilih kawan 🙂