The Sad Story

Hai. Entah berapa kurun tak update apa-apa cerita dekat sini kan. Hari ni ponteng kerja sebenarnya. Guna cuti rehat. Tak tau kenapa rasa malas nak pergi kerja sekarang ni dan langsung tak ada motivasi. Mungkin sebab dah lama tak travel kot :p. Mengenai bulan 6 nanti kita lihat sajalah sama ada sampai ke tidak aku dekat London walaupun tiket dah beli, perkara-perkara lain boleh saja berlaku kan cuma nya aku berharap yang terbaik untuk perjalanan yang jauh kali ni.

Mengenai sad story tajuk yang aku tulis dekat atas tu aku rasa tak sad sangat pun tapi lebih kepada kebodohan aku sendiri. Aku ingat lagi masa dalam kereta kakak aku cakap, “Aku ni usahkan nak berkawan, nak ajak belanja orang pun susah”. Betul la dia cakap. Aku rasa tak ada orang yang akan baca blog aku dan ini yang menyebabkan aku berani untuk bercerita dekat sini. Actually beberapa minggu yang lepas aku ada ajak sorang ni untuk keluar minum kopi di facebook. Kebetulan masa tu birthday dia. Aku tau pasal birthday dia pun sebab aku stalk dekat blog lama dia yang aku baca masa dekat Unisel 8 tahun lepas. Mesej yang aku wish happy birthday tu aku selangi dengan ajakan minum kopi. Ikhlas aku cakap, aku tak ada niat langsung nak megenyam *gatal* ke apa, aku cuma memang cuma ajak random people yang aku kenal lebih-lebih lagi duduk dekat dengan kampung aku, satu negeri, satu sekolah rendah dulu-dulu dan aku rasa dia tak ingat aku pun so bagi aku benda-benda macam tu fun kot, boleh share cerita tentang hidup masing-masing walaupun aku kenal dia, tak adalah kenal rapat pun kenal suam-suam kuku saja orang kabo sebelum ni. Tapi dia tak reply pun bab yang ajakan aku tu so aku anggap saja lah yang benda tu dia tak setuju.
Aku bukan nak meroyan sebab orang tolak ajakan aku ke apa, aku rasa macam , oh susah nya nak berkawan kan dunia sekarang ni? Itu je. Aku tak tau kenapa itu yang boleh aku fikirkan selepas daripada benda tu jadi. Dan aku, bodoh nya lah rasa malu sangat dengan diri sendiri, siap plan nak bagi hadiah lagi. HAHAHAHAHAHA BODOH! Kau tak rasa benda tu bodoh gila ke? Tapi tu lah aku. Kalau aku rasa orang tu sesuai dibuat kawan, aku memang hargai dia sangat. Tapi itulah. Beli pun bukan ada orang nak. Kan? Maksud aku, nak jumpa lah. So, mulai daripada hari tu aku selalu tanam kan dalam diri aku, kalau kau hodoh, gemuk, tak ada rupa, tak kaya mana pun tak payah berangan nak ada kawan! Boleh?

c5kivj2vuaeybts

Cute juga lah journal daripada Paperdorable ni. Aku tengok benda ni sebulan before birthday orang yang aku nak ajak berkawan tu. Lepas tu terus aku plan nak beli. Dan sekarang aku tak tau nak bagi dekat siapa. Nak guna sendiri journal yang kakak aku bagi hadiah harijadi haritu pun tak habis tulis lagi. Aku guna untuk diri sendiri sajalah tahun depan. Jangan ambil hati dengan apa yang aku tulis ni. Tapi tu lah yang aku rasa. Nak ajak belanja pun susah, nak berkawan pun lagi susah. Entah apa yang tak kena dengan dunia ni pun aku tak tau