Tanah Cameron

155139300_o7nrhotwvgdmqgsfsaabbn7bxog6ckdp5gbd2x7tlbg

Esok dah mula kerja semula setelah 3 hari bercuti. Hari khamis haritu ada mesyuarat di pejabat ibu negeri, lepas tu petang nya terus ke Kuala Terengganu untuk ikut kakak dengan rombongan sekolah dia ke Cameron Highlands. Sejujurnya aku sendiri tak pasti kenapa aku nak ikut trip kali ni. Dengan cikgu-cikgu sekolah kakak aku pula tu. Entahlah mungkin sebab aku fikir lepas ni aku dah tak ada peluang nak berjalan lagi kot dari bosan terus tak tau nak buat apa di rumah lebih baik aku ikut trip tu.

Tak banyak tempat pun yang dapat pergi since ramai-ramai kan susah nak bergerak lagi pun aku memang dah niat awal-awal nak minum starbucks tapi hampa, dorang tak ke Tanah Rata. Ada masa nanti aku nak ke sana lagi untuk ke Westwood Highland. Actually masih ramai lagi orang yang tak tau pasal tempat tu. Memang sangat cantik kawasan dan hostel dia. Dalam kebun bunga. Tenang sangat. Sesuai lah kalau nak travel dengan family ataupun maybe hurmmm seorang diri?

Esok mula kerja, perlu semangat balik untuk teruskan kehidupan seperti sedia kala. Kadangkala aku cukup bersyukur juga duduk dekat pejabat tu. Orang-orang nya tak banyak kerenah sangat berbanding dengan cerita-cerita yang aku dengar daripada rakan sekerja yang lain. Kursus pun senang nak pergi, bos sangat memberikan kerjasama kalau ada-ada pegawai atau kakitangan yang nak memohon untuk bercuti menghadiri kursus. Kalau dekat tempat lain agak susah juga. Bayangkan kalau nak ke kursus yang tak berkaitan mesti tak dapat punya. Apa pun di sebalik itu semua pasti ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Macam aku, banyak juga benda yang aku tak tau selain daripada tugasan harian yang biasa aku buat dekat pejabat. Boring kan dalam ni pun masih nak bercerita soal kerja. Itu lah aku sendiri pun tak tau macam mana aku boleh tiba-tiba nak bercerita pasal soal kerja tiap kali aku nak menulis dengan sini mungkin sebab itu saja life atau aktiviti yang aku ada sekarang ni? HAHAHA.

Sebenarnya perancangan untuk tahun depan adalah sambung belajar. Universiti mana yang menjadi pilihan? Pastilah UITM. Itu pun kalau segala macam proses berjalan dengan lancar selepas melepasi syarat-syarat yang telah ditentukan. Jurusan apa yang nak diambil? Rahsia. Biar lah dulu. Apa pun aku harap, aku dapat sangat masuk jurusan tu. Untuk diri aku sendiri. Aku suka belajar secara jujur nya. Kalau ada peluang nak sangat belajar dekat “luar”. Tapi dengan keadaan sekarang aku rasa memang tak akan dapat. Tak apalah. Mana tau ada peluang waktu nak smabung phd nanti. Amin!

Semoga saja besok baik-baik segalanya di pejabat dan semoga saja tahun ni lekas-lekas habis!

Silly

25520949_tpp08vzgmon7nkympa9pwks3rtmvgoeikzzszfza3bs

Minggu lepas aku sempat ke Putrajaya untuk menghadiri peperiksaan kelayakan sebagai Jurubahasa. Dah kerja bertahun pun tapi peperiksaan masih tak lulus lagi. Ini adalah kali ke dua aku menduduki peperiksaan yang maha susah ini. Ada senior aku tu sampai enam kali ambil peperiksaan ni tapi masih lagi tak lulus. Asalnya dulu dia Jurubahasa Mandrin di Mahkamah Kuala Lumpur kalau tak silap lepas tu dah banyak kali ambil exam tak lulus dia punya hakim suruh tukar ke bahasa Melayu itu pun masih lagi gagal apatah lagi aku yang jenis slow dalam segala hal ni.

Kadang-kadang aku rasa give up lah juga bangun pagi, pergi pejabat, balik rumah, makan,mandi, tidur. Hari-hari macam tu. Tapi nak buat macam mana, aku bukan jutawan, yang boleh lepak, boleh pergi mana sesuka hati yang aku nak. Tanggungjawab kan. Bila dah kerja, bukan hanya ada tanggungjawab di tempat kerja, ada komitmen pada keluarga, komitmen pada diri sendiri. Aku masih ingat lagi waktu peperiksaan lisan, ada seorang panel (hakim) tanya soalan aku kenapa aku pilih kerja ni dan apa perancangan aku selepas ni. Aku jawab jujur. Aku tak kisah kalau dia nak judge aku orang yang jenis macam mana lepas ni. Yang penting, aku rasa aku confident dengan jawapan aku tu. Dan aku tak rasa yang aku akan gagal ujian lisan kali ni. Kalau paper yang 5 kertas tu aku rasa memang aku kena repeat balik next year. Kita tunggu sajalah keputusan nya untuk 5 bulan lagi.

Apa pun sekarang, keadaan masih macam biasa, sama seperti tahun lepas, seperti bulan lepas. Apa yang aku tau sekarang adalah nama aku dah keluar dari dalam sistem ccris. Lega betul. Dah berapa bulan aku menderita sebab ccris ni ya lah hutang wajib dibayar kan. Apa pun minggu ni aku tak sibuk sangat dan hujung minggu ni aku akan ikut kakak bersama dengan rombongan sekolah dia ke Cameron Highlands. Atleast aku dapatlah rileks sekajap. Sebenarnya ada juga perancangan aku nak bawa umi dengan bak ke hatyai naik train tapi itulah entah bila dapat buat. Sepatutnya minggu ni lah yang paling sesuai. tak apa lah mungkin lepas ni ada waktu kelapangan yang lain aku akan bawa dorang jalan-jalan walaupun tak jauh.

Phuket

esok adalah hari yang terakhir aku berada di Bandar Kecil molek Phuket ni. Memang tak banyak yang menarik dekat sini. Kalau nak rest sekejap nak hilangkan serabut macam aku aku cadangkan datang lah sini. Lepas tu bila balik boleh lah start serabut semula sebab duit dah tak dak hahahahaha! Anyway, tak kelakar. Aku tak nak fikir pasal tu. Lantak lah walau macam mana pun. Duit memang tak pernah cukup pun baik aku duduk rumah ke berjalan ke memang tetap akan habis juga. Aku ada dekat Phuket 3 hari je sebenarnya. Sangatlah rushing gila. Tapi apa boleh buat, waktu ni saja lah aku ada masa untuk berjalan, naik flight, lepak airport. Sounds like stupid right. Tapi pedulikanlah. pedulikan.

Masuk kerja ahad ni aku dah nak kena fikir pasal kerja lagi walaupun tak banyak tapi tetap juga kena fikir kan. Sudah menjadi tanggungjawab. Gambar aku cuma share dekat IG saja dah IG aku pun dah di private kan bukan apa takut family tengok nanti. Aku dah inform kan dekat mak ayah aku pun pasal aku datang sini. Tapi gambar tu nanti-nanti lah. So sekarang ni aku baru balik dari makan tadi. Memang panas sangat cuaca nya. Jadi sampai sini lah dulu ya.

Travel

IMG_0418

“Gambar ini diambil sewaktu aku travel solo ke Perth pada bulan oktober tahun lalu. Entah macam mana boleh pula tersangkut dengan family dari Sabah ni sewaktu dalam bus ke Bandar Perth dan kebetulan pula mereka semua juga tinggal di Malaysia Hall, jadinya kami ambil keputusan untuk keliling bandar Perth bersama*

Hai! Hari ni setelah seminggu berkursus di Putrajaya, akhirnya aku kembali masuk ke pejabat semula. Rasa macam mood tu masih lagi tak ada tapi apa boleh buat, ini semua sudah menjadi tanggungjawab. Aku bukan lagi budak yang jobless, boleh buat apa yang aku nak suka hati setiap hari, bebas pergi mana yang aku nak. Sekarang aku dah jadi orang yang punya tanggungjawab sendiri. Macam poyo pun ada juga ayat macam ni tapi itulah realiti sekarang. Bila duit dah ada cuti, masa pula tak ada. Bila masa banyak tapi duit pula yang tiada. Betul lah kata Wani Ardy, kita ini manusia, kita tak boleh ada semua melainkan bapak kau najib. Rasa tanggungjawab meletakkan dimana aku sekarang. Tanggungjawab kepada keluarga, tanggungjawab kepada hutang-hutang kiri kanan yang sedang aku pikul sekarang ni. Dah, full stop! aku tak nak cerita semua benda tu lagi. Apa yang aku tau adalah hari ni aku masuk pejabat dengan rasa yang biasa saja. Tak terlalu moody, tak la tak ada semangat langsung. Ada, tapi agak sedikit kurang.

Sebenarnya aku sedang rindu nak travel lagi. Bulan lepas aku sempat beli tiket MAS ke Phuket sewaktu Malaysia Airlines tengah buat sale jadinya dapatlah tiket return daripada KB-KL-Phuket dengan harga Rm300. Mana nak cari dengan harga macam tu bila naik MAS. Seingat aku destinasi lain yang buat promosi hari tu pun tak banyak tempat yang menarik contohnya macam Jakarta, Medan, Pekan Baru, semua tempat tu aku dah pergi melainkan Phuket. Terus rasa macam nak tukar arah selepas dah banyak ke beberapa daerah di negara Indonesia sebelum ni. Kita tengok sajalah nanti macam mana. Sebelum ni aku pernah ke Krabi dengan kakak. Dan itulah kali pertama aku travel secara backpacking. Memang agak kucar kacir sedikit. Tambahan pula waktu tu pergi dengan kakak. Dia memang agak kelam kabut sedikit bila buat keputusan. Bila pergi solo ni aku lebih rileks dan tenang. Biarpun kadangkala banyak tempat yang disenaraikan nak pergi tu tak tercapat atas beberapa sebab tapi sekurang-kurangnya aku dah berjaya sampai tempat tu kan.

Life sekarang macam ni saja lah. Tidak ada yang berubah, sekurang-kurangnya untuk aku. Ramai dah aku tengok kawan-kawan yang sewaktu sekolah, waktu universiti dulu dah kahwin dan dah beranak termasuk juga ex boyfriend dengan exroomate aku. Jodoh dorang.  Aku doakan dorang berkekalan sehingga ke akhir hayat. Actually kita selesai cara baik. No drama, no tears, chill, everything was cool. Aku pun tak ada sakit hati, marah ke apa. Bab jodoh ni susah nak jangkau kan betul lah orang kata. Aku pun tak sangka juga rupanya jodoh pakwe aku tu dulu kawan sebilik, sekelas dengan aku. Kadang tu rasa lawak pun ada juga. Lets forget about it!

Aku? Still macam ni lah. Hari makin berganjak pergi, umur makin bertambah, tapi hati? Masih utuh mahu menjelajah dunia. Kita lihat saja nanti!

Tentang Rasa

Jujurnya aku tak tau kenapa sehari dua ni aku rasa macam ada semangat nak pergi ke tempat kerja. Bukan nak kata sebelum ni aku benci atau tak suka tempat kerja aku. Tak, bukan macam tu. Aku bersyukur sangat. Dengan duit gaji tu lah aku dapat beli apa aku nak, buat apa yang aku suka, pergi mana yang aku nak pergi selama ni. Dah stop cerita bab bersyukur. Cuma, kau faham tak, kadangkala kau tak rasa yang kau ada semangat untuk buat sesuatu tu. Tapi kali ni lain. Mungkin sebab hujung bulan 8 ni aku akan travel lagi? Hahaha mungkin juga.

IMG_4864

Seronok juga kan kalau dalam dunia ni tiap kali kau bangun pagi dan buat benda yang kau betul-betul suka atau itu dah menjadi impian kau sejak kecil. Nahh, itu semua memang tak boleh dipakai untuk zaman sekarang. Klise kalau nak bercakap bab impian dan harapan ni aku rasa. Macam poyo pun ada juga. So, aku rasa, apa yang membuatkan aku bersemangat adalah minggu ni tak berapa banyak kerja dan banyak jamuan kot! hahaha siapa je yang tak suka aktiviti makan-makan ni kan. Mestilah aku excited! Sebenarnya aku ada nak tulis satu puisi dekat sini tapi nanti-nanti lah aku macam tak ada mood pula nak berayat manis-manis. Actually banyak saja benda-benda yang aku tulis dalam notebook aku tu yang aku teringin sangat untuk ulang tulis balik dekat yaaa benda ni yang aku boleh panggil macam blog kot. tapi nanti lah. Kita tengok dulu macam mana. Lagi pun aku baru saja nak start aktif balik menulis dalam dunia maya ni walaupun tulisan macam ni siapa saja nak baca. Santai dulu.

Oh ya gambar di atas tu aku ambil dekat Jakarta haritu. Gambar itu adalah di kafe Union Deli di Grand Indonesia. Kombinasi buku tu dengan kafe tu aku rasa macam kena. Kafe yang sunyi tak ramai sangat orang yang melepak. Sebab kafe ni terletak dekat bahagian bawah sekali di GI. Makanan dia pun ok lah pada aku walaupun masa mula-mula masuk tu aku dah diberitahu all foods here contain pork. Hahaha lawak pun ada. Tapi memang aku ke sana untuk minum kopi dan makan kek saja. Buku tu menarik. Buku puisi dari seorang arkitek perempuan di Jakarta yang sangat artistik bagi aku bila aku tengok Instagram dia. Dan yang paling pentingnya aku sendiri pun tak habis lagi baca buku tu. Dan buku tu juga agak popular sekarang ni di Jakarta. Kalau ada yang nak baca boleh saja email aku untuk pinjam. Tak perlu bagi tau detail siapa kau pun just email bagi alamat dan mention kau nak pinjam. Hidup ini simple kan?

*Email: wanatiee@yahoo.com

Jakarta (2)

IMG_4837

Sebenarnya aku tak rancang pun untuk kembali ke Jakarta lagi. Kota macet itu, bikin aku kacau banget! Tapi aku tak nafikan kadangkala aku merindui segala apa yang ada di Jakarta. Kota nya itu seperti pancai berbicara dengan aku. Aku beli tiket ni 3 minggu sebelum nak raya. Pada awalnya aku ingat nak ambil cuti masa raya tu tapi fikir balik tu kesian dekat mak ayah. Jadi aku batalkan saja rancangan tu. Dan entah macam mana aku terbeli tiket KLM ke Jakarta pada 21/7/2016.

Ianya berlaku secara spontan saja. Kali ini rasanya entah ke 6 atau 7 aku menjejakkan kaki ke Jakarta. Langsung tak ada perasaan bosan. Aku tak tau aku nak buat apa dekat sana nanti. Mungkin ke beberapa tempat saja yang selebihnya rehat-rehat di kamar saja. Hotel aku booking untuk semalaman saja di Backpacker Lodge terletak di Jakarta Barat, di Glodok kalau tak salah aku. Berharga RM60 untuk semalaman. Kali ni aku nak merasa duduk di Single Room dan bukan Dorm yang seperti kebiasaanya. Saja nak merasa duduk hostel ni sebabnya aku baca review di Internet ramai yang kata hostel ni best. Ternyata memang best pun dan tempat dia cantik lepas tu senang pula nak cari.

Di KLIA masa aku check in dekat kaunter masa tu aku pelik kenapa ada beberapa orang staff MAS tengok aku pelik. Aku rasa aku tak buat salah apa pun. Lepas tu ada sorang akak staff MAS ni datang dan tanya pada aku, “Sorang saja ke? Awak dah check in? Naik KLM kan?”. Bertubi-tubi soalan di ajukan. Aku sejujurnya tak tau apa masalah yang sedang melanda ketika itu. Aku iyakan saja dengan mengatakan aku datang sorang diri dan belum check in (padahal aku dah check in guna kiosk beberapa minit yang lepas). Akak tu pun tanya lagi, “awak nak tukar naik MAS tak? Waktu yang sama cuma flight saja yang berbeza. Kalau awak nak akak boleh arrange kan sekarang juga”. Aku tanya lah akak tu kenapa flight aku nak kena tukar pula. Dia kata sebab KLM hari ni dah overload booking. Aku pun tak faham dengan maksud overload booking tu macam mana bukan ke bila kita dah booking tu pihak syarikat penerbangan dah aturkan segalanya. Dan aku tak nak fikir panjang dan tak nak bergaduh aku pun iyakan saja bahawa aku setuju flight aku dari KLM ditukar ke MAS. Tunggu punya tunggu akak tu pun bagi tiket yang baru dan juga beserta baucer gantian yang mengatakan aku terpaksa di tukar ke flight MAS. Baucer yang bernilai RM222 boleh digunakan untuk pembelian tiket pesawat KLM ke mana-mana destinasi dan tempoh sahnya adalah setahun. Wah, dah dapat naik flight free dapat baucer pula tu siapa tak happy.

IMG_4851

Setibanya di Jakarta aku terus saja ke hostel. Malam tu memang langsung tak keluar. Cuma beli sebotol air mineral dan juga setin air coke untuk mengalas perut malam tu memandangkan aku memang tak ada mood langsung nak keluar. Hari kedua nya aku bersiap segala benda untuk check out dan mengambil teksi untuk ke Jakarta Pusat dan menginap di Malaysia Hall di Jalan Hos Chokroaminoto. Yang benci betul nak sebut nama jalan tu macam tersebut nama lipas. Hahahaha serius aku tak tau kenapa.

Lepas dah check in tu aku terus kelam kabut keluar dan tak salah aku, destinasi pertama aku hari tu adalah ke Grand Indonesia untuk bertemu dengan seorang rakan yang aku kenal dari Twitter yang aku panggil dia sebagai Opat. Dia ni lebih kurang punya minat yang sama dengan aku lah suka baca buku. Dia ada pesan dekat aku nak kirim buku Murakami yang telah di translate oleh Buku Fixi. Nasib baik aku ingat nak sempat beli buku tu dekat KLIA2 tempoh hari. Dengan balasan nya pula adalah dia membelikan aku buku Rectoverso karya Dee lestari. Aku dah baca buku tu beratus kali tapi yang kali ni adalah limited edition iaitu hardcover yang tak lagi dijual di mana-mana kedai buku. Keren kan?

IMG_4869

Kami bertemu di Djournal Coffee Bar. Borak punya borak dah jam 6 lebih aku meminta diri untuk pulang ke Malaysia Hall saja memandangkan aku tau opat juga kepenatan sebab lepas keluar kantor saja dia terus datang jumpa aku dekat sini dah la rumah dia jauh. 13KM dari Jakarta Pusat katanya. Mungkin rumah dia di Jakarta Selatan kot. Oh mai aku benci Jakarta Selatan sebab dah la pinggir bandar dan nak sampai ke tempat tu aku pernah naik teksi hampir RM50 sebab macet yang parah amat.

Hari ke seterunsya pula adalah aku sempat ke TIM (Taman ismail marzuki). Tujuan asalnya adalah untuk menonton penayangan filem oleh KineForum di belakang galeri cipta 3. Akan tetapi bila aku dah sampai tu bilik penayangan dah penuh dan terpaksa menunggu untuk pukul 5 nanti. Aku pun dah bosan tak tau nak buat apa langsung saja aku ke galeri XXI untuk tengok wayang. Aku tak ada pilihan lain waktu tu aku pilih saja filem mana yang nak di tonton secara rawak. Aku pilih cerita Sabtu bersama bapak. kata opat filem tu best sebab buku dia best. Aku tak tau macam mana power buku tu sebab aku sendiri pun belum baca lagi. Lepas dah tengok aku rasa tak lah power mana pun biasa-biasa saja dan aku membosankan sedikit bagi aku. Tapi aku suka juga lah sebabnya pelakon kegemaran aku ada berlakon sekali dalam tu. Mestilah acha septriasa!

IMG_4937IMG_4925

Balik ke Malaysia Hall aku tengok ada ramai orang yang tengah bersiap-siap dengan pakai baju melayu nya perempuan dengan berbaju kurung nya masa tu aku jadi macam tak tenang. Aku rasa macam arghhh serabut lah pula ramai-ramai macam ni. So aku naik bilik sekejap lepastu charge telefon then aku keluar lagi. Kali ni aku tak tau nak pergi mana-mana lepas tu datang idea lagi untuk menonton di bioskop. Sebelum menonton aku sempat makan-makan sekejap lepas tu pergi beli tiket di bioskop berdekatan mall sarinah yang pernah terjadi kejadian bom tempoh hari. Nonton punya nonton tak sempat habis aku dah keluar. Waktu tu aku beli tiket untuk movie ghostrider. Movie tu best je tapi entah kenapa masa tu aku tak ada mood. terus aku ambil teksi dan balik ke bilik. Masa balik semua yang ramai tadi dah tak ada. Maklumlah tak kan jamuan sampai jam 11 malam kan mestilah dah habis. Masuk bilik aku rehat-rehat semua lepas tu mandi. Lepas tu online lah apa lagi. Nak meroyan tempat mana lagi yang best selain di twitter. Malam tu aku menangis. Tak tau kenapa aku boleh menangis. Sebab aku rasa bosan sangat kot. Tak ada orang nak ajak borak, nak gelak. Macam-macam lah. Lepas tu aku mula bersumpah yang lepas ni aku mesti ajak kakak sekali bila nak datang Jakarta. Jakarta dah tak sesuai lagi untuk aku datang sorang diri ke sini.

IMG_4952

Esok nya aku ke Institut Francais Of Indonesia untuk ke Qfilm Festival. Ada menayangkan 3 filem hebat Nurman Hakims. Salah satu movie nya itu ialah 3 doa 3 cinta yang di perlakonkan oleh Nicholas Saputra dan juga Dian Sastro. Sayangnya hari itu Nicho tak boleh datang turut sama untuk acara itu. Aku tengok ramai cewek-cewek indo yang kecewa tak dapat nak jumpa nicho. Aku lagi lah datang dari jauh kot tapi itu bukan satu sebab yang kukuh kenapa aku datang ke sana tempoh hari.Aku sebenarnya memang teringin nak tengok movie tu pun. Tak lah ramai sangat orang yang datang haritu mungkin belum dapat liputan secara meluas ataupun mungkin hari itu orang masih ada acara yang lain dan kebetulan juga waktu tu ada tayangan yang filem Kine Forum itu juga. Lebih kurang 20 orang lebih saya yang datang hari tu. Lepas je habis menonton dan tanya soalan kepada Nurman Hakims aku terus cabut keluar malas nak borak pasal apa dah sebabnya aku tengok orang dekat situ asyik pandang aku pelik je.

IMG_4990

Setel semua hari last nya tu aku berangkat pula ke Kuala lumpur. Aku tinggalkan Jakarta dengan sedikit kebencian untuk aku berjanji dengan diri aku sendiri bahawa aku tidak akan datang lagi ke kota ini dan sekurang-kurang nya untuk masa terdekat ini. Kadangkala aku harus jujur dengan diri sendiri. Aku datang ke sini untuk, mencari masa lalu seseorang disini. Dia, dalam banyak-banyak orang. Aku juga tidak tahu kenapa. Aku juga tidak akan bisa memaafkan diri sendiri kerna bertindak bodoh seperti itu. Tapi, lupakan sajalah semua perkara ini. Memang semua nya perkara yang sia-sia saja. Kadangkala itu juga adalah sebuah perkara yang kelakar aku rasa. Hahahaha kita lupakan semua perkara itu. Aku main-main saja sebenarnya. Memang aku akan kembali lagi ke Jakarta september ini kerana aku ada conference disini! Tapi keadaan nya mungkin lebih berbeza kan sebabnya atas urusan rasmi. Sudah lah, Jakarta biar aku tinggalkan sendirian dulu. Aku juga tidak pernah ada kata patah untuk semua persoalan apa yang bermain di fikiran aku. Bodoh, kelakar. Semua lah. Jakarta… aku pamit dulu ya.

 

Jakarta

IMG_4849

Aku baru balik dari jakarta sebenarnya untuk beberapa hari ke sana. Lebih kurang 5 hari 4 malam aku ke sana. Tak ada perancangan yang rapi pun sebenarnya. Aku sudah lama amalkan konsep rendah dan pergi ni lebih-lebih lagi kalau nak ke Indonesia. Tak ada apa-apa aktiviti pun di Jakarta cuma saja nak “refresh” semula otak ni walaupun bulan lepas baru saja balik dari Melbourne dan juga Tasmania.

Aku sempat menonton movie di jakarta haritu. Antara yang aku tengok adalah Ghostbusters, Sabtu bersama bapak, The window dan juga 3 doa 3 cinta yang aku tonton di Institut perancis indonesia berdekatan dengan Malaysia Hall.

Pada aku lah, Jakarta ni lebih seru atau best kalau kau datang dengan orang yang sekepala dengan kau. Kalau datang sorang-sorang nescaya kau akan mati kutu macam aku nanti sebab tak tau lagi dah nak pergi mana dan buat apa.

Pasal di Jakarta nanti aku cerita. Duduk mana, flight apa dan sebagainya nanti lah. Sebab aku sekarang tengah duk dekat pejabat. Susah sikit nak dapat waktu yang tenang untuk menulis dekat sini walaupun tak lah sibuk mana tapi terpaksalah aku berpura-pura sibuk sikit. Insyaallah ada masa aku tulis balik walaupun aku tau sekor pun tak ada yang baca Hahahaha!!

Rindu

Tiba-tiba rindu sangat dengan Melbourne. Walaupun aku tak lama duduk dekat bandar tu 2 minggu lepas tapi raya macam selesa. Susah aku nak cakap. Aku rasa macam aku faham macam mana bandar tu. Macam ni lah senang cerita, kau kenal dengan sorang perempuan lepas tu kau terus rasa shes the one yang kau cari selama ni. Sama lah macam keadaan aku sekarang! Indah kan rasa dia. Aku rindu dengan kafe-kafe yang cantik dekat sana. Deretan kedai buku. Tempat makan-makan yang sedap. Pasar victoria. Semua bendalah aku rindu! Nak tak nak aku kena kembali kepada realiti yang sekarang ni aku dah ada di Pejabat.

Lagi seminggu nak beraya dan cuti raya pun aku tak fikir lagi dan yang pastinya aku tak cuti pun raya ni. Bukan apa sebabnya raya jatuh pada hari Rabu. Jadinya khamis tu cuti. Ahad tu masuk kerja semula. Aku nak simpan cuti untuk beberapa program ke Indonesia hujung tahun ni. Banyak sangat event best nanti. Dengan festival boneka anjuran Papermoon puppet yang wajib aku pergi di Jogja tu. Dengan forum di surabaya dengan conference di Jakarta september ni dan cuti aku cuma berbaki 9 hari saja lagi. So sad kan. Jadinya sekarang aku nak kena manage kan betul-betul cuti aku. Kalau perkara tak penting sangat aku tak kan cuti. Sebelum ni pun memang macam tu. Aku guna cuti tahunan aku hanya untuk pergi bercuti saja. Bila dah confirm beli tiket baru lah aku apply cuti kalau tak jangan harap la aku nak cuti tanpa sebab.

Jadinya raya ni aku rasa biasa-biasa saja kot. Nak kecoh kenapa kan. Aku pun dah tak tau nak tulis apa lagi dah sebabnya otak aku pun tak ada di tempat yang aku berada sekarang ni. Hujung bulan 7 ni aku ke Jakarta lagi. Atas urusan berjalan :p. Aku rasa aku tak akan pernah bosan dengan jakarta walaupun ramai yang kata aku dah tak betul sebab dalam setahun 3 kali pergi sana. Kesah apa aku kan.

Stupid

Im so stupid for remember everything about you!

Bodoh kan.

 

Sudah lah. Aku penat untuk terus bermimpi bersama-sama bayang-bayang kamu selama ini.