K.L

15079003_1890486967841068_4612254535368951943_n

*Kalau korang nak tau sebelah LOKL Coffee cafe ni lah Backhome Hostel dan kedua-dua tempat ni milik Cheryl Samad pengacara popular muzik-muzik tu dulu*

Hai. hari ni aku datang KL sebenarnya. Tak ada event special apa pun. Kebetulan pula dekat sini ada Festival Sastera Kuala Lumpur. Hajat dihati nya nak juga pergi tapi nanti lah dulu rasa macam malas pula nak keluar. Sedap dan best sangat duduk hostel ni. Malam ni ingat nak ke Kino tapi itu pu kalau rajin lah. Sebenarnya aku ke sini adalah untuk event British Remembrance Day. Dapat breakfast sekali dengan duta british di Kediaman Kedutaan besar dan itu pun aku tak sure lagi pergi ke tidak. Pagi esok memang pasti lah aku akan ke Tugu Negara. Nak saksikan sendiri macam mana British Remembrance Day tu berlangsung sebenarnya. Bukan selalu kan dapat tengok benda-benda bersejarah macam tu. Sebenarnya antara sebab aku lari ke sini juga adalah aku nak rehat sekejap dari memikirkan kepala pasal audit yang akan diadakan pada 28 hari bulan nanti. Katanya pegawai yang paling garang sekali dalam sejarah akan audit semua fail-fail kerja aku nanti. Apa nak jadi nanti jadilah aku sendiri pun dah berserah dan buat apa yang aku termampu saja. Aku balik ke kelantan esok malam. Memang penat sangat. Pagi nya tu sampai ke rumah berehat sekejap lepas tu terus ke mahkamah dan terus ke kuala krai untuk setelkan fail audit sorang pegawai ni memandangkan dia cuma ada pada hari isnin juga dan sampai lah masa audit nanti dia ke kursus dan itulah yang menjadikan aku terkejar kejar sedikit nak siapkan dia punya dulu.

15032280_1890486997841065_5919361412596778257_n

*kopi hari ni tak sedap langsung dan tak ada seni. sekian*

Sekarang ni aku stay di Backhome Hostel Kuala Lumpur. Setiap kali datang ke KL tempat ini lah yang aku pilih untuk menginap. Memang selesa sangat suasana dia. Tak bising, bersih, best lah dan bersebelahan pula dengan LOKL cafe. Cantik juga Cafe dia. Harga pun standard kedai kafe hipster yang biasa korang pergi tu lah. Aku rasa macam nak try kek dia sekejap lagi tapi itulah nak keluar pergi minta password wifi pun aku malas ni sebenarnya ni kan pula nak keluar pergi makan segala. Ni lah antara penyakit aku bila berjalan. Kalau dah terus masuk hostel tu jarang sekali aku keluar. Nak rehat dulu lama-lama kalau betul-betul bosan nak mati baru aku keluar itulah yang aku tak suka kalau ada orang nak ikut aku travel sebab nanti masa dorang jadi rugi lain lah kalau dengan kakak aku memang aku yang akan ikut dia kalau tak kena marah.

14955969_1890449557844809_18536314272570002_n

*ni lah dia katil aku. sebelah bawah depan katil aku tu milik mat salleh sombong nak mampuih tu*

Sampai satu tahap sekarang ni aku rasa aku dah bosan dengan segala benda. Entah tak tau apa lagi yang aku nak buat. Apa yang mengembirakan aku setakat ni adalah kalau boleh bawak mak dengan ayah aku shopping hari-hari hahahaha aku rasa benda tu je lah yang tak bosan dalam hidup aku sekarang ni. Dah, aku malas nak fikir pasal kerja lagi dah. Aku nak cuba jadi orang yang terima saja apa yang ada dekat depan hari sebab aku tau, aku ni bukan sempurna, sedikit sebanyak pasti ada silapnya juga. Anyway, dalam dorm aku ni ada sorang mat salleh yang entah dari mana, dan pada pendapat aku juga dia ni sombong nak mati, aku dah say hello tadi pun dia senyum je. First time aku dapat dormmate yang bosan nak mati macam ni. Aku harap dia tegurlah aku malam ni memandangkan kami berdua je dalam dorm ni dan dia pun aku tengok bukan jenis kaki sosial. Buktinya tadi, aku ingat dia keluar berfoya kahkahkah rupanya dia duduk dekat luar sebab segan aku ada dalam dorm. Alahai, kau jangan nak comel sangat boleh tak? Teringat plak dekat dormmate aku waktu pergi ke Phuket dulu, orang Vietnam yang kerja dekat Ampang. Serius dia gila punya peramah. Sampai je dorm terus tegur aku senyum-senyum semua ajak borak sekali. Apa pun hadap sajalah dengan orang macam ni dia pun macam aku juga, tak sempurna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s