Travel Lagi

Hai! Dah lama rasanya aku tak menulis apa-apa dekat sini. Kehidupan sekarang sama je macam hari-hari yang lepas. Tekanan tak terlalu banyak. Actually aku nak cerita pasal travel. Sebenarnya bulan Januari tahun depan ni aku akan ke Iran jika tidak ada aral melintang. Aku pun terkejut dengan keputusan ni sebenarnya. Sebelum-sebelum ni aku langsung tak terfikir untuk ke negara-negara arab macam tu entah kenapa satu hari tu aku ada tengok tiket yang agak murah dekat Skyscanner. Maklum sajalah bulan Januari ni di Iran merupakan musim salji. Aku harap sangat aku dapat pegang salji buat kali pertama sepanjang hidup aku.

Ada tanya juga beberapa orang Iran dekat Couchsurfing, katanya masa bulan Januari dekat sana sudah bersalji tapi tidaklah terlalu kuat. Aku masih lagi tengah baca pasal Iran ni sebenarnya. Ada juga hantar email pada kedutaan Malaysia di Tehran akan tetapi masih lagi tiada balasan. Aku pun tak tau kenapa mungkin dorang dekat sana sibuk sangat kot.

Apa yang aku harap untuk perjalanan kali ini adalah semoga aku dapat belajar banyak lagi tentang budaya-budaya dan juga bahasa yang tak pernah aku dengan sebelum ni di luar sana. Nak juga bergaul dengan komuniti masyarakat setempat disana. Nak tengok sendiri bagaimana menerimaan mereka terhadap orang luar. Apa yang aku baca daripada blog mereka-mereka yang telah sampai kesana semuanya memberikan feedback yang positif. Apatah lagi aku yang juga datangnya daripada negara Islam walaupun tidak Syiah seperti mereka. Aku sendiri pun tak nak sentuh dan tak berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sunni ataupun Syiah. Bagi aku kita semua adalah manusia yang sama biarpun kita berlainan bangsa dan agama. Equal.

Dan seperti biasa perjalanan kali ini juga adalah perjalanan keseorangan tanpa ditemani kakak ini kerana pada bulan Januari tidak ada cuti sekolah. Aku juga serba salah nak minta cuti dari bos. Apa lagi lah alasan untuk aku bagi kepada dia memandangkan aku akan ke sana selama 7 hari ini bermaksud aku perlu memohon cuti rehat selama 5 hari. Moga-moga bos tidak banyak soal kemana aku nak pergi lepas ni. Tolong doakan juga ya!

Leave a comment